Teks perisytiharan Pengisytiharan_Kemerdekaan_Republik_Indonesia

Di sini tertulis tahun 05 kerana ini sesuai dengan tahun Jepun yang ketika itu merupakan tahun 2605.

Versi asli

Deklarasi Kemerdekaan Indonesia yang asliSukarno membaca perisytiharan. Menurut Rushdy Hussein, sejarawan Indonesia, rekod ini dibuat pada tahun 1951, bukan tahun 1945.[1]Tugu itu memperingati Deklarasi Kemerdekaan Indonesia

Teks di atas merupakan hasil semakan Sayuti Melik. Tiga pindaan telah dibuat pada versi asli seperti berikut:

  • "tempoh": ditukar menjadi "tempo", kedua-dua mempunyai maksud yang sama;
  • 17-8-45: ditukar menjadi "hari 17, boelan 8, tahoen 05"
  • Wakil-Wakil Bangsa Indonesia: ditukar menjadi "Atas nama bangsa Indonesia"

Versi asli yang disediakan oleh Mohammad Hatta, dan A. Soebardjo, dibantu oleh Sukarno, adalah seperti berikut:

Proklamasi
Kami bangsa Indonesia dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia

Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara saksama dan dalam tempoh jang sesingkat-singkatnja.

  Djakarta, 17 - 8 - '05 

  Wakil2 bangsa Indonesia.
  Soekarno - Hatta

Versi terakhir

Draf perisytiharan

Teks asal perisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia adalah amat ringkas seperti berikut:

Proklamasi
Kami, bangsa Indonesia, dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia.

Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara saksama dan dalam tempo jang sesingkat-singkatnja.

  Djakarta, hari 17 boelan 8 tahoen 05

  Atas nama bangsa Indonesia
  Soekarno - Hatta

Versi Ejaan Yang Disempurnakan

Proklamasi

Kami, bangsa Indonesia dengan ini menyatakan (mengisytiharkan) kemerdekaan Indonesia.

Hal-hal yang mengenai pemindahan kekuasaan dan lain-lain, [akan] diselenggarakan (dilaksanakan)

dengan cara yang saksama dan dalam tempoh sesingkat-singkatnya.

Jakarta, Hari 17 Bulan 8 Tahun 1945

Atas nama bangsa Indonesia

Soekarno Hatta